Kisah Citizens Advice

This text is in Malay language.

Sementara saya masih mencari pekerjaan tetap di United Kingdom, saya melibatkan diri secara sukarelawan di salah satu badan kebajikan yang bergerak secara bebas tanpa penglibatan kerajaan United Kingdom. Badan ini dikenali sebagai Citizens Advice Bureau yang kini telah bertukar nama ke Citizens Advice. Berdasarkan sejarah, badan ini ditubuhkan oleh kelas pertengahan selepas perang dunia kedua untuk mengatasi masalah kemiskinan di United Kingdom. Kini badan kebajikan ini berkembang pesat dan hampir setiap daerah di United Kingdom mempunyai Citizens Advice.

Fungsi Citizens Advice adalah mendengar segala masalah domestik rakyat Britain dan memberi panduan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah secara percuma. Perkhidmatan yang diberikan oleh Citizens Advice adalah berdasarkan kepada empat prinsip iaitu bebas, adil, percuma dan sulit. Bebas bererti Citizens Advice adalah satu badan kebajikan yang bergerak bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak termasuk kerajaan. Adil bermakna perkhidmatan yang diberikan adalah untuk semua lapisan masyarakat yang tinggal di Britain tanpa mengira warganegara, jantina, agama, bangsa dan sebagainya. Seperti yang telah dinyatakan, perkhidmatan yang diberikan adalah percuma. Semua maklumat peribadi serta masalah yang diberikan kepada Citizens Advice adalah sulit. Dengan berpegang kepada empat prinsip ini, Citizens Advice telah berjaya meraih kepercayaan rakyat kepada perkhidmatannya dan masih hidup dengan bantuan kewangan derma daripada masyarakat serta pihak berkuasa tempatan.

Antara masalah-masalah yang sering diterima oleh Citizens Advice adalah berkaitan dengan hak-hak individu dalam mendapat bantuan kebajikan berbentuk wang, perumahan, perkerjaan, imigresen dan pengguna. Kesemua masalah yang sering diutarakan oleh masyarakat melibatkan aplikasi undang-undang dan polisi di United Kingdom.

Di Citizens Advice, saya adalah salah seorang penasihat sukarelawan. Kerja saya bukan sekadar membantu masyarakat sini untuk menyelesaikan masalah tetapi saya juga perlu membuat pencarian maklumat dan menulis laporan untuk setiap pelanggan yang saya temu. Saya telah diberi latihan tentang teknik-teknik yang perlu ada sebagai seorang penasihat serta pengetahuan tentang sistem bantuan kebajikan di England, sistem perumahan, hak-hak individu dalam pekerjaan, hak-hak pengguna, undang-undang diskriminasi, undang-undang imigresen, pengurusan hutang serta undang-undang keluarga. Apa yang saya tidak boleh bantu adalah masalah melibatkan undang-undang jenayah.

Banyak yang telah saya pelajari dengan bekerja secara sukarelawan dengan Citizens Advice. Bukan setakat mendapat pengetahuan tentang sistem polisi di sini, saya juga bertemu dengan pelbagai jenis ragam pelanggan serta mempelajari adab dan tradisi orang putih.

Untuk input blog saya akan datang, saya akan berkongsi tentang sistem bantuan kebajikan di England yang dikenali orang putih sebagai welfare benefit. Dan insyaAllah saya akan membuat perbandingan dengan BRIM yang baru diperkenalkan di Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s